PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA SEBAGAI PRINSIP PERPADUAN DEMI KEJAYAAN DAN KESTABILAN RAKYAT PERINGKAT KEBANGSAAN PIALA TUAN YANG TERUTAMA YANG Di-PERTUA NEGERI MELAKA

PENDAHULUAN

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia dengan tujuan utama untuk membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara iaitu:

  1. Kepercayaan Kepada Tuhan
  2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-undang
  5. Kesopanan dan Kesusilaan.

Lima prinsip ini amat penting bagi mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat. Justeru hujah pidato mesti diperincikan menerusi frasa kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dan frasa ketiga iaitu Keluhuran Perlembagaan berdasarkan situasi dalam negara yang lebih relevan untuk diperincikan.

OBJEKTIF

Melahirkan generasi yang mempunyai semangat patriotisme serta memahami peranan Rukun Negara terutamanya tentang Kesetiaan Kepada Raja dan Negara & Keluhuran Perlembagaan.

Membina serta mendidik generasi muda agar berfikiran minda kelas pertama dan menyanjungi Institusi Raja-Raja Melayu yang telah banyak memayungi rakyat dan kedudukan istimewa orang Melayu.

Mengerat dan memperkukuhkan perpaduan setiap warganegara Malaysia tidak kira bangsa dan agama terhadap peranan yang telah dilaksanakan oleh Institusi Raja-Raja Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga sekarang.

ASAS PERTIMBANGAN

PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA SEBAGAI PRINSIP PERPADUAN DEMI KEJAYAAN DAN KESTABILAN RAKYAT. Pada 10 September 2010, pertandingan pidato peringkat Negeri Melaka telah diadakan dan tahun 2021 diperluaskan pada peringkat kebangsaan pula. Inspirasi kreatif Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Bin Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat dan generasi muda agar lebih memahami peranan Rukun Negara sebagai asas penyatuan dan jati diri rakyat Malaysia.

Hal ini juga membuktikan bahawa Raja-Raja Melayu memainkan peranan penting dalam usaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia terhadap prinsip Raja Berpelembagaan yang mula terhakis akibat pelbagai polemik.

Program ini juga merupakan salah satu inisiatif bagi menyemai dan meningkatkan kefahaman rakyat walau di mana berada mengenai perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutua ketika memerdekakan Malaysia termasuk memayungi Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu.

Program pidato peringkat kebangsaan ini terbuka kepada masyarakat umum seluruh Malaysia yang melibatkan juga pelajar institusi pengajian tinggi, sekolah menengah dan sekolah rendah dan peserta bukan Melayu. Peserta pertandingan tersebut perlu mencipta karya pidato yang ingin dipersembahkan berasaskan Prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara & Keluhuran Perlembagaan.

PENYERTAAN


Kategori Awam

berbilang kaum terbuka kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.

Kategori Institusi Pengajian Tinggi

berbilang kaum terbuka kepada IPTA dan IPTS seluruh negara.

Kategori Sekolah Menengah

berbilang kaum (seorang lelaki dan seorang perempuan) dari setiap negeri.

Kategori Sekolah Rendah

berbilang kaum (seorang lelaki dan seorang perempuan) dari setiap negeri.

Kategori Bukan Melayu

(seorang lelaki dan seorang perempuan) dari setiap negeri.

PERASMIAN

Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Bin Rustam akan menyempurnakan perasmian PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA SEBAGAI PRINSIP PERPADUAN DEMI KEJAYAAN DAN KESTABILAN RAKYAT serta menyampaikan hadiah dan piala pusingan Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Yang di-Pertua Negeri Melaka pada majlis pertandingan akhir berdasarkan tarikh dan masa yang dipersetujui.

TEMPAT DAN TARIKH


SARINGAN PERTAMA

Sekolah Rendah & Menengah

Tempat: Rakaman video online (5 minit)

Tarikh: 9 Ogos 2021 - 12 Ogos 2021

Masa: Terbuka

Bukan Melayu

Tempat: Rakaman video online (7 minit)

Tarikh: 9 Ogos 2021 - 12 Ogos 2021

Masa: Terbuka

Institusi Pengajian Tinggi

Tempat: Rakaman video online (7 minit)

Tarikh: 9 Ogos 2021 - 12 Ogos 2021

Masa: Terbuka

Awam

Tempat: Rakaman video online (10 minit)

Tarikh: 9 Ogos 2021 - 12 Ogos 2021

Masa: Terbuka

SARINGAN KEDUA

Sekolah Rendah & Menengah

Tempat: Rakaman video online (5 minit)

Tarikh: 16 Ogos 2021 - 17 Ogos 2021

Masa: Terbuka

Bukan Melayu

Tempat: Rakaman video online (7 minit)

Tarikh: 16 Ogos 2021 - 17 Ogos 2021

Masa: Terbuka

Institusi Pengajian Tinggi

Tempat: Rakaman video online (7 minit)

Tarikh: 16 Ogos 2021 - 17 Ogos 2021

Masa: Terbuka

Awam

Tempat: Rakaman video online (10 minit)

Tarikh: 16 Ogos 2021 - 17 Ogos 2021

Masa: Terbuka

PERTANDINGAN AKHIR SEMUA KATEGORI

Tempat: Dewan Besar UTeM (Siaran Langsung)

Tarikh: 21 Ogos 2021 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi

KATEGORI DAN HADIAH

Pertandingan pidato piala pusingan bagi setiap kategori yang dipertandingkan ini akan ditaja oleh Bernama TV dan juga badan korporat yang dicadangkan. Piala Pusingan pidato Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia adalah dicadangkan dalam bentuk Pewter iaitu Johan keseluruhan manakala johan bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

Papar Hadiah

BORANG PENYERTAAN


Borang penyertaan berbentuk google form akan diserahkan upload ke dalam social media untuk hebahan kepada peserta yang ingin menyertai pertandingan.

Borang Penyertaan

Hubungi


Maklumat lanjut boleh hubungi melalui WhatsApp atau emel berikut:

Contact:

+6012 3456789 (WhatsApp)

 

Email:

urusetia_pidato[at]gmail.com