KOTA BHARU, 17 Jun -- Kerajaan Kelantan sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula pasar malam di negeri itu berikutan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara disifatkan peniaga terlalu ketat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin berkata perkara itu dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat bagi membolehkan peniaga kembali mencari rezeki.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan periuk kepada sembilan peniaga jagung rebus di Kampung Tingkat, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri belum berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP dalam kalangan peniaga dan masyarakat di negeri ini, khususnya di pasar dan kedai makan.
Katanya antara yang menjadi isu ialah jarakan sosial yang tidak diambil berat oleh sebilangan anggota masyarakat.
“Perkara ini kita serahkan kepada pihak berkuasa yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Bagaimanapun kita harap semua pihak dapat memainkan peranan dalam menjaga keselamatan diri masing-masing,” katanya.
Dalam pada itu, Izani berkata kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM100,000 bagi membaik pulih sembilan gerai jualan jagung rebus di Kampung Tingkat di sini.
“Kita berharap dengan adanya sumbangan gerai baharu dan lebih cantik ini dapat menarik perhatian pengunjung sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Hak Cipta