Sambutan 50 Tahun Rukun Negara semarakkan lagi semangat patriotik - Suhaimi Sulaiman

09/07/2020 06:29 PM

PUTRAJAYA, 9 Julai -- Pelancaran sambutan Jubli Emas Rukun Negara hari ini sangat signifikan dalam menyemarakkan lagi semangat patriotik untuk semua lapisan masyarakat di kala negara sedang berdepan penularan pandemik COVID-19.

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Suhaimi Sulaiman berkata justeru, falsafah tersebut perlu dihayati dan disebar luas dengan menggunakan teknologi terkini seperti media sosial. 

“Cabaran media sekarang bagaimana kita menyampaikan kefahaman tentang Rukun Negara kepada generasi muda.

“Kita mahu generasi muda menghargai Rukun Negara, bagaimana mereka melihatnya daripada kaca mata mereka,” katanya ketika ditemu bual selepas menghadiri majlis pelancaran sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, hari ini.

Jelasnya, secara keseluruhan Perdana Menteri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berpuas hati dengan pelancaran Jubli Emas Rukun Negara ini.

“Perdana Menteri dan Menteri KKMM mengucapkan tahniah kepada pasukan yang menjayakan sambutan Rukun Negara kali ini. Ia acara yang baik, amat bermakna dan dikendalikan dengan lancar,” katanya.

Bernama, Jabatan Penerangan dan Kumpulan Media Karangkraf bekerjasama dalam menghasilkan logo rasmi sambutan itu.

Program yang dianjurkan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Perpaduan Negara itu, turut mengatur pelbagai program bermula 9 Julai hingga Hari Malaysia pada 16 Sept.

Antara program yang dirancang adalah Insta Challenge, Rukun Negara Hour, Webinar, e-Treasure Hunt, Pengisahan Negara, Ted Talk Kenegaraan, Bual Bicara Bersiri, Dokumentari dan Bicycleton.

Program berkenaan adalah anjuran bersama Bernama, Jabatan Penerangan dan RTM dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara.

-- BERNAMA

 

 


 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan