KUALA LUMPUR, 9 Julai -- Pemahaman dan penghayatan prinsip dan nilai Rukun Negara perlu bermula seawal peringkat prasekolah supaya ia mampu sebati dengan jati diri setiap warganegara Malaysia, kata Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.
Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata penghayatan itu juga perlu dirangka melalui pendekatan lebih kreatif dan bukanlah hanya sekadar melalui nyanyian atau menghafal sahaja.
“Saya tahu sekarang pun ada usaha di peringkat prasekolah tetapi saya rasa realitinya lain (hasilnya kurang baik),” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV malam ini.
Menurutnya, pada masa kini penghayatan prinsip itu hanya tertumpu dalam soal menghafal tanpa memahami nilai dan maksud sebenar perkara yang diungkapkan.
Sambutan jubli emas Rukun Negara, anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Perpaduan Negara, dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, hari ini.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Hak Cipta