Institusi pengajian disaran didik pelajar kepentingan Rukun Negara

11/07/2020 02:05 PM

KUALA LUMPUR, 11 Julai -- Yayasan Perpaduan Malaysia mencadangkan supaya semua institusi pengajian di negara ini mendidik pelajar mengenai kepentingan dan nilai-nilai yang dituntut Rukun Negara.

Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata perkara itu penting bagi menerangkan kepada rakyat terutamanya generasi muda makna sebenar Rukun Negara, mengapa ia diwujudkan dan tujuannya daripada aspek mempromosi keharmonian, integrasi dan perpaduan antara kaum. 

"Graduan hari ini hendaklah menjadi insan bijaksana, cenderung kepada kebajikan disulami nilai murni dan paling penting ialah graduan yang menjiwai negara.

"Usaha berterusan wajar dilaksanakan di seluruh  negara ke arah memupuk kesedaran untuk menghayati dan mengamalkan Rukun Negara," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tanggal 31 Ogos ini, genap separuh abad atau 50 tahun Rukun Negara, yang dibentuk selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Sambutan Jubli Emas Rukun Negara anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Perpaduan Negara selama tiga bulan dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya Khamis lepas. 

-- BERNAMA 

 

 

 


 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan