Pengabaian Rukun Negara beri implikasi negatif

14/07/2020 12:21 PM

KUALA LUMPUR, 14 Julai -- Pengabaian terhadap Rukun Negara dalam kehidupan masyarakat majmuk memberi pelbagai implikasi negatif termasuk ketidakharmonian dan ketegangan antara kaum, kata Ketua Pemuda Dewan Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia Shahir Adnan.

Menerusi satu kenyataan, beliau berkata pengabaian terhadap prinsip Kepercayaan kepada Tuhan misalnya, menyaksikan pelbagai fahaman liberal mula menusuk masuk ke dalam minda masyarakat seperti ateis, gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan perbuatan merendah-rendahkan agama.

Beliau berkata apabila prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara pula diabaikan, maka fahaman anti institusi raja mula berlegar-legar dalam masyarakat yang mengakibatkan pelbagai coretan menggunakan bahasa kesat ditujukan kepada institusi berkenaan di dalam media maya.

"Prinsip kesetiaan kepada negara diabaikan apabila terdapat pelbagai kes yang menghina institusi negara seperti isu Jalur Gemilang yang salah spesifikasi serta isu lagu Negaraku, Jata Negara dan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan.

"Apabila prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang diabaikan, maka semua terkandung dalam Perlembagaan termasuk soal hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera, kedudukan raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama Persekutuan, menjadi perkara pertikaian hingga meranapkan kontrak sosial berasaskan kompromi antara kaum yang selama ini menjadi tunjang perpaduan antara kaum," katanya.

Beliau berkata apabila prinsip Kesopanan dan Kesusilaan diabaikan, maka lahirlah manusia tidak sopan dalam kalangan masyarakat.

-- BERNAMA

 

 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan