Teladani Prinsip Yang Termaktub Dalam Rukun Negara

22/07/2020 09:47 AM

Oleh Shanika Abdul Latib

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebuah ketamadunan yang gemilang sering dikaitkan mempunyai pemimpin yang bukan sahaja memacu masyarakat di atas landasan yang betul bagi mencapai matlamat malahan menjadikan ia satu misi bersama oleh semua yang terlibat dalam membangunkan negara. 

Sejarah pembentukan Malaysia, sejak bermulanya empayar Kesultanan Melaka, telah sekian lama mengiktiraf kedudukan para pemimpin masyarakat.

Mengambil kira status Malaysia sebagai sebuah negara terdiri daripada pelbagai kaum, para pemimpin komuniti telah banyak memainkan peranan penting dalam memastikan keamanan negara terus dipelihara.


Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin. --fotoBERNAMA (2020) ALL RIGHTS RESERVED

Ini dapat dilihat terutama daripada nilai-nilai Rukun Negara itu sendiri, yang digariskan oleh kerajaan dan diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong keempat, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos, 1970, yang menggariskan prinsip-prinsip pembentukan sebuah negara.

Malangnya, ia semakin diabaikan dan kurang diberi penekanan oleh para pemimpin komuniti.

Seharusnya, penggerak masyarakat ini perlu memastikan masyarakat di bawah kepimpinannya memahami, menghargai dan menilai makna setiap lima bait Rukun Negara kerana ia menekankan akan kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei, 1969.

 

INISIATIF 'GESAAN PERPADUAN"

Oleh itu, Pengerusi Malaysia bagi Jawatankuasa Kebangsaan Jepun Forum IATSS berkata, seorang pemimpin bukan sahaja perlu memimpin tetapi juga menjadi pembina jambatan etnik dan duta yang boleh mempromosi ikatan muhibah, hormat menghormati, keamanan dan keharmonian.


Students of Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam in Labuan taking the Rukun Negara pledge. --fotoBERNAMA (2020) ALL RIGHTS RESERVED

"Jadi, kita perlu gerakkan perpaduan menerusi integrasi. Sebagai pemimpin, seseorang itu hendaklah menggunakan kelebihan ini untuk membentuk satu dasar perpaduan dan meletakkannya untuk sebarang peluang di tempat kerja; semasa aktiviti atau program.

"Untuk menggambarkan ini, sebagai seorang pemimpin sebuah pertubuhan, saya kerap menyasarkan untuk mewujudkan peluang seperti pekerjaan atau latihan untuk mereka dari Sabah dan Sarawak,” katanya kepada Bernama dalam temubual pada sambutan 50 tahun Rukun Negara, sempena dengan Bulan Merdeka dan Hari Kebangsaan 2020.

Beliau berkata, integrasi adalah apabila budaya minoriti menyerap beberapa unsur budaya yang lazim tetapi mengekalkan budaya tradisionalnya.

"Kita hanya melihat tiga kumpulan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Malangnya, terdapat kurang inisiatif atau sedikit sahaja usaha ke arah asimilasi atau integrasi dengan kumpulan etnik Sabah dan Sarawak,” katanya, yang juga bekas pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).

Beliau menjelaskan bahawa usaha hendaklah dilakukan untuk memantapkan pemahaman dan amalan Rukun Negara sebagai kunci kepada perpaduan jangka panjang masyarakat di negara ini.

Bukan itu sahaja, prinsip-prinsip panduan Rukun Negara juga harus dipatuhi oleh semua pihak terutama generasi digital yang seolah-olah tidak mempedulikannya.

“Inisiatif pendorong perpaduan ini akan memastikan generasi digital menjadi lebih sensitif terhadap keperluan kumpulan etnik atau kaum selain daripada kaum mereka sendiri, untuk memahami dan menghargai nilai-nilai dan kebudayaan mereka yang lain dan semuanya bersama-sama menyayangi negara ini.

Pemimpin juga perlu melakukan apa yang diperkatakan.

“Seorang pemimpin masyarakat perlu bertindak sebagai teladan, oleh itu penting agar dia menerima dan mengamalkan prinsip kelima Rukun Negara-Kesopanan dan Kesusilaan. Jika dia kekurangan semua itu bagaimana hendak menjadi teladan yang baik?

 

KEBUDAYAAN BUKAN SAHAJA HIBURAN

Ketua Akademi Persatuan Dayak Iban Sarawak (ASADIA) Mabong Unggang berpendapat, ketua kumpulan hendaklah merebut peluang norma dan tradisi komuniti yang indah dan disanjung tinggi untuk menjadikan Rukun Negara sebagai tiang yang patut dinilai dan dihargai.


Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin (middle) with Communications and Multimedia Minister Datuk Saifudin Abdullah and National Unity Minister Halimah Mohamed Sadique at the launch of the Rukun Negara 50th anniversary celebrations recently. --fotoBERNAMA (2020) ALL RIGHTS RESERVED

"Sambutan (ulang tahun ke-50 Rukun Negara) haruslah mencerminkan cita-cita dan tradisi asas yang sebenarnya. Untuk memahami konsep yang dipaparkan dalam Rukun Negara, perlulah ada campurtangan di semua peringkat kepimpinan. 

“Inisiatif ini hendaklah berterusan dan inklusif'’ - maksudnya mana-mana sektor masyarakat terlibat dari peringkat tertinggi perwakilan negara hingga ke tahap terendah. Lagipun, langkah-langkah ini tidak boleh dikembangkan secara lebih berkesan kepada orang ramai dengan hanya mengadakan satu hari sambutan sahaja,” katanya.

Mengambil kira bahawa masyarakat Malaysia kini kehilangan nilai-nilai asasnya, Mabong menekankan bahawa ini berlaku kerana orang muda gagal untuk memahami tradisi sosial dan budaya yang telah diikuti sejak berzaman.

"Ini mungkin kerana orang melihat dan berminat dengan budaya kerana ia adalah sebahagian daripada hiburan, tetapi mereka gagal menghubungkan cita-cita atau nilai dengan mana-mana aktiviti budaya," katanya.

 

BERBANGGA DENGAN RUKUN NEGARA

Sementara itu,  Presiden Persatuan Buddha Malaysia, Loh Pai Ling bersetuju bahawa pendidikan Rukun Negara perlu dijadikan agenda teras kerajaan bagi memastikan Rukun Negara boleh menjadi amalan harian masyarakat yang diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.


Three friends displaying their patriotic spirit. --fotoBERNAMA (2020) ALL RIGHTS RESERVED

Beliau menekankan bahawa tidak seorang pun boleh memanggil diri mereka seorang warga Malaysia yang sebenarnya tanpa mengetahui, memahami dan mematuhi prinsip Rukun Negara.

Malangnya, pemimpin generasi sekarang tidak teruja hingga tidak berminat untuk menegakkan prinsip Rukun Negara yang merangkumi falsafah melakukan kebaikan dalam kehidupan.

Contohnya, generasi digital ini bangga dengan teknologi yang memberikan begitu banyak maklumat, yang mana zaman sekarang, pendidikan hari ini disamakan dengan maklumat.

"Semakin banyak maklumat yang anda tahu mengenai sesuatu, semakin anda dianggap sebagai orang yang 'berpendidikan’. Yang pasti mereka akan tertumpu kepada diri sendiri, tidak mempunyai nilai universal yang baik seperti kesabaran, toleransi, persefahaman, keramahan, kemurahan hati, rasa terima kasih dan kemahiran komunikasi untuk hidup sebagai sebuah komuniti.

"Sekiranya mereka tidak dapat berinteraksi dengan baik, kadang-kadang dengan ibu bapa, ahli keluarga dan komuniti, bagaimana mereka hendak mempromosikan sebuah masyarakat yang aman, harmoni dan bersatu?", katanya.

Oleh itu, di sinilah kepemimpinan masyarakat memainkan peranan penting dalam mengembalikan nilai-nilai Rukun Negara.

"Sekiranya perhimpunan keagamaan mingguan dijadikan media komunikasi mengenai masalah agama atau moral, pemimpin masyarakat hari ini boleh menggunakan media sosial untuk mempromosikan keharmonian dan perpaduan menerusi prinsip-prinsip Rukun Negara.

"Selain itu, pertandingan video pendek, katakan tiga minit mengenai Rukun Negara dan Perpaduan Nasional, sekurang-kurangnya dapat membantu rakyat Malaysia memahami lebih lanjut mengenainya,”  katanya.

 

Diterjemah dan disunting oleh Cik Rashidah Abd Ghani

BERNAMA

 


 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan