Kelab, sekretariat Rukun Negara dijenamakan semula

23/07/2020 07:40 PM

BANGI, 23 Julai -- Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan memperkasakan penghayatan prinsip Rukun Negara menerusi penjenamaan semula kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah serta sekretariat Rukun Negara di institusi pengajian tinggi. 

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata modul kelab Rukun Negara dan sekretariat Rukun Negara juga perlu dinilai semula supaya ia bersesuaian dengan senario semasa.

Beliau berkata kelab Rukun Negara juga perlu melibatkan semua sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan tidak hanya tertumpu di sekolah kebangsaan.

Beliau berkata KPN, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi sudah memulakan perbincangan bagi memastikan prinsip Rukun Negara dimuatkan dalam pendidikan negara.

Halimah berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara KPN dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini, bagi fokus kerjasama dalam penyediaan empat dokumen.

Ia berkaitan penyediaan Indeks Perpaduan Nasional, penambahbaikan Pelan Tindakan Perpaduan Negara, pelaksanaan pendidikan Rukun Negara berteraskan Rukun Perpaduan dan pemerkasaan Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional. 

-- BERNAMA

 

 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan