Pencarian harta karun secara elektronik mengenai Rukun Negara 30 Ogos ini

24/07/2020 09:38 AM

KUALA LUMPUR, 24 Julai -- Adakah anda faham tentang Rukun Negara?

Sekiranya anda ingin menguji pengetahuan mengenai falsafah nasional itu, anda boleh mengambil bahagian dalam Rukun Negara Golden Jubilee e-Treasure Hunt 2020 dan berpeluang memenangi hadiah utama RM2,050 atau lebih daripada 50 hadiah wang tunai.

Pencarian harta karun secara elektronik itu akan diadakan pada 30 Ogos ini dan anda tidak perlu keluar rumah untuk menyertainya.

Selain Rukun Negara, anda juga boleh menguji pengetahuan tentang tempat tarikan pelancong di Malaysia kerana permainan ini akan membawa anda mengembara ke seluruh negara secara maya, di rumah anda.

Pertandingan ini diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-50 Rukun Negara yang diperkenalkan pada 1970 untuk membina Malaysia yang kuat, bersatu dan makmur.

Ia dianjurkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Bernama, sebagai satu daripada sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Perpaduan Negara.

Pendaftaran untuk pencarian harta karun elektronik itu dibuka pada 23 Julai dan bayaran masuk adalah RM50 bagi setiap penyertaan (untuk seorang).

Akses pautan ini - https://rukunnegara50.bernama.com/ehunt - untuk maklumat lanjut mengenai permainan itu dan pendaftaran.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 22 Ogos.

-- BERNAMA


 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan