Bulan Kebangsaan platform zahirkan semangat kebersamaan memerangi COVID-19

27/07/2020 06:56 AM

MELAKA, 26 Julai -- Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 secara serentak di seluruh negara Selasa ini bukan sahaja menjadi medium menyemarakkan semangat patriotisme, malah menjadi pentas meraikan semangat kebersamaan memerangi COVID-19. 

Pengarah Jabatan Penerangan Melaka, Mohd Rizal Hashim berkata walaupun sambutan tahun ini berbeza, ia boleh dilihat sebagai ujian kepada rakyat Malaysia dalam memerangi ‘musuh tidak nampak’ yang memerlukan mereka mematuhi arahan kerajaan supaya rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan.

“Walaupun tiada program berskala besar, penyertaan rakyat untuk menunjukkan semangat patriotik dan menghargai jasa pejuang terdahulu yang berkorban untuk negara boleh dizahirkan melalui pemasangan Jalur Gemilang di bangunan atau rumah masing-masing,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.  

Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali dijadual merasmikan program peringkat negeri di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh.

Majlis pelancaran dilaksanakan secara maya dan orang ramai boleh menonton keseluruhan program menerusi Facebook Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan Penerangan Malaysia.

-- BERNAMA

 

 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan