Dua prinsip teras Rukun Negara corak masyarakat patuh

29/07/2020 08:21 PM

KUALA LUMPUR, 29 Julai  -- Dua prinsip teras Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan serta Kesetiaan kepada Raja dan Negara bentuk lapisan masyarakat yang patuh pada didikan keagamaan dan menghormati institusi raja berpelembagaan.  

Penulis dan Penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Dr Lim Hin Fui berkata kedua-dua prinsip itu saling berkait, kerana individu yang percaya serta berpegang teguh kepada tuhan juga akan percaya kepada sistem raja berpelembagaan negara. 

"Raja sebagai ketua negara dan agama, itu kena masuk dalam minda. Ketua negara adalah simbol perpaduan untuk masyarakat. Raja yang sentiasa menjaga kesejahteraan rakyat dan bertindak begitu akan dihormati, disegani rakyat; dan seterusnya apa sahaja titah oleh raja akan dipatuhi rakyat," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam Webinar Bernama Sambutan 50 Tahun Rukun Negara. 

Selain itu, beliau turut berpendapat bahawa ibu bapa dan guru berperanan membentuk masyarakat berteraskan dua prinsip rukun negara dengan menunjukkan contoh terbaik dalam kalangan keluarga, masyarakat dan tempat kerja.  

Sementara itu artis Hafiz Hamidun berkata berkata konsep dakwah harus dilakukan secara kreatif bagi menarik pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan muda untuk memahami serta menjiwainya melalui tiga konsep deria iaitu telinga, mata, dan mulut. 

"Ada tanggungjawab masing-masing untuk buktikan kepercayaan kepada tuhan, ia akan jadikan hidup kita lebih sejahtera, lebih bahagia, penuih kasih sayang. Pendekatan sekarang adalah secara ‘indirect’ menggunakan kaedah kreatif yang lebih approachable dan melalui kreativiti, ia akan membuka satu dimensi baru," katanya.

 Beliau berkata apabila percaya dengan konsep kepercayaan kepada tuhan, masyarakat juga wajib percaya dengan konsep pemimpin tertinggi negara serta harus memahami fungsi raja menjangkaui imbangan permasalahan politik semata-mata. 

-- BERNAMA

 

 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan