YaPEIM Gold lancar kepingan emas edisi khas Merdeka 2020

11/08/2020 04:31 PM

KUALA LUMPUR, 11 Ogos -- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), menerusi YaPEIM Gold Sdn, hari ini melancarkan kepingan emas edisi khas Merdeka 2020 sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. 

Dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kepingan emas itu didatangkan dengan dua koleksi seberat satu gram dan boleh didapati pada harga RM320 bagi setiap satu.

Zulkifli berkata dengan penghasilan produk terbaru itu, YaPEIM Gold sudah mengorak langkah ke hadapan selepas berdepan pandemik COVID-19 dengan memperkasa konsep pemilikan emas secara patuh syariah di negara ini.

Beliau berkata emas menjadi satu medium pelaburan popular dan agresif menerusi kenaikan nilainya dari semasa ke semasa dan ia diperakui sebagai antara mekanisme pelaburan yang selamat.

“Justeru, ia sesuai dijadikan simpanan atau pelaburan senyap bagi masyarakat kerana emas, seperti mana yang diketahui, mempunyai kadar cairan tunai yang tinggi dan sesuai dijadikan sebagai simpanan peribadi,” katanya semasa berucap melancarkan produk itu di sini hari ini.

Pengarah Urusan YaPEIM Gold Sdn Bhd Zahrin Ibrahim pula berkata kepingan emas itu boleh ditempah secara terus di YaPEIM Gold atau secara dalam talian di www.CMASA.my bermula hari ini.

“Edisi Merdeka ini merupakan kesinambungan koleksi edisi khas petugas barisan hadapan yang pernah dikeluarkan sebelum ini,“ katanya.

-- BERNAMA

 

 


 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan