Tunjuk kehebatan anda pada Perlumbaan Perpaduan Maya Rukun Negara

12/08/2020 06:35 PM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos -- Setiap hujung minggu, penggemar sukan tidak dapat menguji tahap kekuatan fizikal masing-masing dalam acara berlari, berbasikal dan acara tahan lasak susulan pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak  18 Mac lalu.

Bagaimanapun, kecanggihan teknologi kini membolehkan peminat kecergasan menguji kemampuan masing-masing menerusi perlumbaan maya tanpa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal bagi membendung wabak COVID-19.

Justeru, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) mengambil kesempatan ini untuk menghimpunkan penggemar sukan berbasikal bagi bersaing dalam Perlumbaan Perpaduan Maya Rukun Negara melibatkan jarak 50 kilometer.

Perlumbaan secara santai itu terbuka untuk semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan akan berlangsung dari 1 Sept hingga Hari Malaysia pada 16 Sept.

Peserta turut berpeluang mengambil bahagian dalam acara cabutan bertuah selain merebut hadiah sebuah motosikal dan dua buah basikal.

Acara itu adalah antara salah satu program sambutan Jubli Emas Rukun Negara anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Perpaduan Negara sempena Hari Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Hanya RM35 sebagai yuran penyertaan, peserta akan menerima sehelai baju-T, pingat bagi peserta yang menamatkan perlumbaan dan lebih penting pelitup muka Rukun Negara edisi terhad.

Pendaftaran dibuka mulai 24 Ogos hingga 6 Sept di laman web rasmi https://rukunnegara50.bernama.com/unityride/,

Selepas menamatkan perlumbaan tersebut, peserta perlu menghantar skrin tangkap layar jarak perlumbaan ditamatkan menerusi permohonan acara berlari/berbasikal kepada e-mel rasmi penganjur di rukunnegaravur2020@gmail.com.

Perserta boleh menghantar beberapa skrin tangkap layar dengan tarikh dan jarak perlumbaan jelas tertera dalam skrin tersebut.

Butiran lanjut boleh didapati dengan melayari https://rukunnegara50.bernama.com/unityride.

-- BERNAMA

 

 


 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan