KKMM teliti cadangan siar Lagu Negaraku, bacaan Rukun Negara pada tengah hari

15/08/2020 06:25 PM

PADANG BESAR, 15 Ogos -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sedang meneliti cadangan agar semua media penyiaran menyiarkan lagu Negaraku dan bacaan Rukun Negara setiap 12 tengah hari.

Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata perkara itu diamalkan oleh beberapa negara dalam usaha mengindotrinasikan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat mereka.

"Kita mahu rakyat menghormati Rukun Negara, hormati negara dan mempunyai semangat patriotik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Merdeka@ Komuniti Peringkat Negeri Perlis, di sini hari ini.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata selain itu KKMM turut bercadang menyediakan Jalur Gemilang dan pin berbentuk bendera pada setiap program bagi membangkitkan semangat cintakan negara.

"Nilai patrotik adalah lebih penting daripada nilai belanja yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan bagi memupuk semangat cintakan negara," katanya.

-- BERNAMA

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan