KOPETRO anjur program, peraduan khas semarak bulan kemerdekaan

17/08/2020 06:53 PM

KUALA LUMPUR, 17 Ogos -- Bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan, Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) akan menganjurkan program ‘Ambang Merdeka Motosikal Ride’ pada 30 Ogos ini.

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO Ahmad Hazil Abd Lateff berkata menerusi program itu, peserta akan berhimpun di Megan Avenue II, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), di sini pada pukul 8.00 pagi, sebelum berkonvoi menaiki motosikal sehingga ke Excel Training Resort, Broga, Semenyih di Selangor pada tengah harinya, sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau berkata mereka yang berminat untuk menyertai program ini boleh mengisi maklumat pendaftaran melalui pautan https://lnkd.in/g9kV4DJ sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 21 Ogos.

Selain itu menurutnya KOPETRO juga akan menganjurkan peraduan ‘Merdeka Contest’ yang terbuka kepada orang ramai bermula dari 7 hingga 31 Ogos ini.

Peraduan itu hanya memerlukan peserta membeli produk LengQuas bernilai RM50 ke atas dan berkongsi gambar produk itu di Instagram atau Facebook dengan menggunakan kapsyen (caption) ‘Merdeka’ yang menarik.

“Selain itu, satu program khidmat masyarakat bagi membantu bekas pejuang negara meneruskan kehidupan mereka juga bakal diadakan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan