Warga Malaysia di Bangkok anjur Merdeka Fun Ride semarak semangat patriotisme

17/08/2020 07:57 PM

Oleh Linda Khoo Hui Li

BANGKOK, 17 Ogos -- Rakyat Malaysia yang menetap di Bangkok hari ini menyertai konvoi berbasikal Merdeka Fun Ride 2020 untuk menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Jalur Gemilang berkibar megah di basikal peserta, membabitkan 60 kakitangan kedutaan bersama ahli keluarga dan diaspora di Bangkok menyertai acara berbasikal itu di Happy and Healthy Bike Lane di Lapangan Terbang Suvarnabhumi. 

Peserta dilepaskan oleh Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Asia Timur Kementerian Luar Negeri Thailand Arjaree Sriratanaban.

Jojie berkata Merdeka Fun Ride yang julung kali dianjurkan oleh kedutaan bertujuan menyuntik semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama generasi muda.

“Kami juga berharap melalui program ini, kami dapat memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang tinggal di sini,” katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata program itu juga bertujuan agar rakyat Malaysia menghargai makna sebenar kemerdekaan serta menghormati pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang negara. 

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 


 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan