Baju-T, pelitup muka khas untuk peserta pencarian harta karun elektronik Rukun Negara

20/08/2020 11:17 AM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Sudahkah anda mendaftar untuk menyertai Rukun Negara Golden Jubilee e-Treasure Hunt 2020? 

Jangan tunggu lagi. Daftar sekarang dan anda berpeluang memenangi hadiah utama RM2,050.00 atau lebih daripada 50 hadiah wang tunai.

Juga dapatkan baju-T dan pelitup muka khas acara pencarian harta karun secara elektronik ini untuk anda.

Acara pencarian harta karun secara elektronik ini akan berlangsung pada 30 Ogos ini dan anda tidak perlu meninggalkan rumah anda untuk menyertainya.

Selain Rukun Negara anda juga boleh menguji pengetahuan anda mengenai tarikan pelancong di Malaysia kerana pencarian harta karun secara elektronik ini akan membawa anda melancong secara maya di dalam negara dengan hanya duduk di rumah sahaja.

Pencarian harta karun secara elektronik ini dianjurkan bersempena Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara yang diperkenalkan pada tahun 1970 untuk membina Malaysia yang teguh, bersatu dan makmur.

Ia dianjurkan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sebagai satu daripada aktiviti sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara, bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia  dan Kementerian Perpaduan Negara.    

Yuran pendaftaran ialah RM50.00 bagi setiap penyertaan (seorang).

Sila layari pautan - https://rukunnegara50.bernama.com/ehunt - untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara ini dan melengkapkan pendaftaran.  Video taklimat juga boleh disaksikan di laman sesawang itu. 

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Ogos ini.

-- BERNAMA

 

 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan