Warga kerja Bernama diseru amal lima prinsip Rukun Negara

26/08/2020 11:32 AM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos-- Warga kerja Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) perlu menjadikan lima prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan dalam kehidupan, kata Timbalan Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad.

Beliau berkata lima prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; serta Kesopanan dan Kesusilaan penting untuk dihayati kerana ia menjadi kunci kepada keutuhan perpaduan dan keharmonian antara kaum.

“Semangat patriotisme dalam kalangan warga Bernama itu ada, tetapi kita juga mahukan agar mereka jadikan lima prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan, barulah kita semua akan berjaya dan hidup bahagia serta bersatu padu.

“…jangan lupa kita bekerja dengan pelbagai kaum jadi adalah penting untuk memupuk seterusnya memperkukuhkan perpaduan sesama kita,” katanya kepada Bernama selepas sambutan Hari Kebangsaan peringkat Bernama di sini, hari ini.

Kali ini, sambutan Hari Kebangsaan peringkat Bernama disambut dengan sedikit kelainan kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, acara yang dihadiri kira-kira 50 petugas itu tetap disambut dengan meriah sekali gus  menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan kakitangan Bernama.

“Tidak kisahlah bagaimana cara sambutannya, tetapi apa yang penting semangat itu perlu ada dalam diri masing-masing,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan