Jerayawara sambutan 50 tahun Rukun Negara semarakkan semangat patriotik

27/08/2020 10:21 PM

BUTTERWORTH, 27 Ogos -- Jelajah Sambutan 50 Tahun Rukun Negara oleh agensi kerajaan dilihat mampu menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan belia, kata Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) Mustafa Kamal Ahmad.

Beliau turut merujuk peranan perpustakaan yang kini dilihat lebih meluas dengan penyediaan bahan bacaan dan rujukan interaktif mengenai sejarah negara, yang diharap dapat menarik minat golongan muda untuk membudayakan amalan berkunjung ke perpustakaan.

Menurutnya walaupun media sosial kini mengambil banyak tempat dalam kehidupan ramai, namun perkhidmatan perpustakaan dalam menyediakan bahan bacaan dan rujukan yang bermanfaat dilihat lebih meluas.

"Antaranya kini perpustakaan turut mewujudkan galeri seni, bahan bacaan digital, rumah ilmu selain menyediakan sumber rujukan lama (sumber nadir) mengenai sejarah negara yang merupakan khazanah yang tidak ternilai bagi generasi muda untuk dijadikan sebagai rujukan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di majlis Jerayawara Sambutan Ulang Tahun Rukun Negara Ke-50 di PPAPP di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menerima bahan-bahan promosi daripada Ketua Biro BERNAMA Pulau Pinang Nur Adila Abdul Wahab.

Mustafa Kamal berkata pihaknya turut menyambut baik usaha gigih Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) serta jabatan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dan Kementerian Perpaduan Negara dalam menyebarkan maklumat dan risalah mengenai prinsip Rukun Negara serta maklumat kenegaraan kepada generasi muda sebagai langkah untuk memupuk semangat perpaduan.

Melalui program ini juga, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk tayangan video, ikrar dan penyerahan bahan promosi dalam keadaan norma baharu ke beberapa perpustakaan terpilih.

Pulau Pinang adalah lokasi keenam bagi jerayawara itu, dan jelajah akan diteruskan ke Perlis esok.

-- BERNAMA

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan