Terap Prinsip Rukun Negara perkasakan semangat perpaduan - Halimah Sadique

28/08/2020 09:21 PM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos -- Rakyat Malaysia diseru sentiasa menerapkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian bagi memastikan keharmonian dan perpaduan yang dinikmati selama ini terus terpelihara, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Beliau berkata prinsip Rukun Negara yang berteraskan nilai keamanan, perpaduan dan keharmonian juga perlu dipupuk dalam hati dan minda anak-anak muda terutamanya agar Malaysia terus maju dari segi sosial dan ekonomi.

Bagi meraikan semangat perpaduan juga, rakyat Malaysia diharapkan untuk memperingati jasa pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah membina asas negara.

“Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya ialah tonggak utama yang mencorakkan tanah air tercinta. Kita harus sedar pembangunan negara kita ialah hasil usaha dan kematangan semua rakyat secara bersama”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan