Kelab Idris Kuala Kangsar berkayuh sempena Hari Kebangsaan

31/08/2020 11:35 AM

KUALA KANGSAR, 31 Ogos — Tidak adea insan di negara ini yang mahu dikecualikan daripada membuktikan semangat kebangsaan dalam diri mereka. 

Ahli Kelab Idris Kuala Kangsar ini mengambil inisiatif untuk melakukan kayuhan  basikal sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63.

Kayuhan oleh 10 ahli kelab melibatkan perjalanan 18km dari Kelab Idris ke jambatan Victoria, satu tarikan pelancong. 

Kayuhan basikal itu dilakukan sebaik selepas majlis menaikkan jalur gemilang di sekitar bangunan kelab idris kuala kangsar oleh pegawai daerah Kuala Kangsar Ahmad Munir Ishak selaku Timbalan Yang Di Pertua kelab disertai Naib Yang Dipertua kelab Datuk Ahmad Jaafar dan 60 ahli kelab. Selepas menaikkan bendera, majlis memotong pulut kuning sambutan Hari Kebangsaan ke 63 turut diadakan sebagai tanda kesyukuran negara mengekalkan kemerdekaan oleh rakyat pelbagai kaum.

— BERNAMA

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan