Pendidikan Rukun Negara harus diamalkan, bukan hiasan semata-mata - Halimah Sadique

31/08/2020 09:57 PM

KUALA LUMPUR, 31 Ogos -- Penghayatan Rukun Negara yang akan dimasukkan ke dalam sistem pendidikan bukanlah sebagai hiasan semata-mata, sebaliknya ia perlu diamalkan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique. 

Beliau berkata sistem pendidikan Rukun Negara adalah berkait rapat dengan perpaduan dan mencerminkan tanah air yang memiliki komposisi rakyat yang unik serta majmuk. 

"Kementerian yakin antara kunci kepada kejayaan perpaduan terletak kepada penghayatan dan pemahaman rakyat kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Sistem pendidikan Rukun Negara berkait dengan perpaduan dan perpaduan ini mencerminkan kepelbagaian. 

"Kita nak menyemarakkan perpaduan ikatan antara kaum. Jadi nilai-nilai perpaduan perlu dipupuk agar terus sebati dalam jiwa rakyat Malaysia dan tidak mensia-siakan segala pengorbanan para pejuang kemerdekaan,” katanya dalam bahagian pertama Program Rukun Negara A Nation United terbitan Bernama TV malam ini. 

Halimah turut memaklumkan bahawa kempen bagi Sesi Maklum Balas Rakyat berhubung Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 telah dilaksanakan di setiap negeri. 

Pada 25 Ogos lalu, di Dewan Rakyat, Halimah mengatakan kementeriannya dalam proses mengadakan jerayawara bagi mendapatkan input rakyat untuk dimasukkan dalam PTPN 2021-2025.

Beliau berkata ia bagi menghasilkan satu dasar yang merangkumi idea untuk memperkukuh perpaduan tanpa mengira batasan termasuk Sabah dan Sarawak.

-- BERNAMA

 

 


 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan