Penjawat awam perlu hayati maksud kemerdekaan

13/08/2020 03:02 PM

LANGKAWI, 13 Ogos -- Penjawat awam perlu menghayati maksud kemerdekaan dan menerapkan semangat kemerdekaan sebagai tanda rasa cinta kepada negara, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Beliau berkata dalam melaksanakan tugasan masing-masing, semangat patriotisme harus dipupuk dan sentiasa mekar dalam diri penjawat awam.

"Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang bukan sekadar gimik tetapi memberi ingatan kepada perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan.

"Kemerdekaan bermakna kita bebas untuk mencorakkan masa depan, kita tidak perlu terikat atau patuh kepada mana-mana kuasa penjajah yang menentukan apa yang baik sebaliknya pemilihan di tangan kita sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Bersama Penjawat Awam, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mohd Khairul turut menyempurnakan pelepasan konvoi Info On Wheels Merdeka Peringkat Daerah Langkawi.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Suriani Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim.

Mengulas lanjut, Mohd Khairul turut berpuas hati dengan sokongan diberikan penjawat awam apabila menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang bukan sahaja di tempat kerja malahan di rumah masing-masing.

"Teruskan inisiatif kibar Jalur Gemilang di rumah masing-masing, kenderaaan rasmi jabatan kerajaan juga boleh main peranan kibarkan Jalur Gemilang apabila bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

“Kita bawa semangat bulan kemerdekaan sekali gus menunjukkan solidariti semangat penjawat awam untuk mempertahankan kemerdekaan," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan