Google papar doodle khas Orang Utan sempena Merdeka

31/08/2020 05:09 PM

KUALA LUMPUR, 31 Ogos -- Enjin carian Google meraikan Hari Kemerdekaan Ke-63 Malaysia dengan memaparkan lakaran doodle atau logo Orang Utan yang juga spesies berasal dari negara ini.

Mamalia ini boleh ditemui di sekitar hutan Borneo, terutamanya di Sabah dan Sarawak selain di Sumatera.

Google telah menampilkan lakaran doodle khas bagi meraikan acara bersejarah atau detik bermakna di serata dunia sejak 20 tahun lepas.

Bagi Malaysia, Orang Utan adalah haiwan kedua sempena Hari Kebangsaan selain harimau Malaya serta elemen lain seperti teh tarik dan wau bulan.

Namun, bunga raya menjadi doodle yang paling banyak dipaparkan.

Hari Kebangsaan diraikan setiap 31 Ogos yang menandakan negara bebas daripada penjajahan Britain dengan pengisytiharannya dibuat pada 31 Ogos,1957.

Ini disusuli dengan tarikh keramat 16 September 1963 yang menyaksikan pembentukan Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

-- BERNAMA

 

 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan