KUALA LUMPUR, 15 Ogos -- Syarikat platform digital, YToday Sdn Bhd akan menganjurkan pertandingan mencari harta karun menerusi aplikasi komuniti Fuhla, bermula 22 hingga 31 Ogos ini bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Jazz Tan berkata pertandingan ‘Merdeka Android Warriors Hunt 2020’ itu yang bertujuan memupuk semangat patriotik dan perpaduan antara kaum, menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000 dan melibatkan 26 titik semak ikonik yang ditetapkan di sekitar ibu kota.
“Peserta boleh memulakan pertandingan tersebut di mana-mana 26 lokasi secara rawak dalam tempoh itu dan mengambil swafoto serta mengimbas kod respons pantas (QR) yang terdapat pada poster pertandingan yang ditampal di lokasi terbabit.
“Peserta yang berjaya mengumpul swafoto serta mata paling banyak dan terpantas akan dikira sebagai pemenang,” katanya dalam sidang media mengenai pertandingan itu di sini, hari ini.
Tan berkata antara kawasan yang menjadi titik semak ialah Dataran Merdeka, RexKL Jalan Sultan, Jalan Petaling dan Plaza Sungei Wang.
Menurutnya lawatan ke 26 kawasan ikonik dan bersejarah itu akan membangkitkan memori peserta selain menambah pengetahuan mengenai sejarah dan pencapaian negara dalam tempoh 60 tahun selepas mencapai kemerdekaan.
Orang ramai yang berminat boleh mendaftar di www.fuhla.com/merdeka-2020 dan memuat turun aplikasi Fuhla di telefon bimbit masing-masing.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Hak Cipta