Hayati Rukun Negara, jadi pengguna media sosial bertanggungjawab

23/06/2020 11:37 PM

KUALA LUMPUR, 23 Jun -- Inti pati dan semangat Rukun Negara perlu diterapkan dalam diri rakyat Malaysia agar menjadi pengguna media sosial yang lebih bijak dan bertanggungjawab, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Bercakap semasa menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Fasih Digital’ yang disiarkan malam ini, Zahidi optimis jika kesemua prinsip dalam Rukun Negara itu diamalkan, pengguna mampu mengawal diri daripada menyalahgunakan media sosial atau melakukan jenayah siber.

“Rukun Negara kita lengkap menyentuh nilai penting seperti agama (Kepercayaan kepada Tuhan), institusi beraja (Kesetiaan kepada Raja dan Negara), menghormati undang-undang (Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang) serta tingkah laku yang positif (Kesopanan dan Kesusilaan).

“Bila kita hayati Rukun Negara, secara tidak langsung kita dapat mendidik diri seterusnya mengelakkan diri dari melakukan tindakan yang negatif misalnya menyebarkan berita palsu, fitnah, menyentuh isu sensitif, buli siber dan sebagainya,” katanya.

Zahidi berkata usaha kerajaan terutamanya Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta agensinya dalam menjadikan platform siber yang selamat, lebih berkesan dengan kerjasama rakyat.

“Undang-undang dan peraturan sedia ada jelas menunjukkan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati melakukan jenayah siber, malah kementerian dan agensi giat mendidik rakyat dalam pelbagai cara serta inisiatif.

“Namun, lebih penting adalah kawalan kendiri atau ‘self-regulatory’ pengguna sendiri dalam mengunakan media sosial. Mereka perlu peka, berhati-hati dan rasional dalam tindakan mereka serta gunakan kemudahan ini untuk tujuan positif,” katanya.

-- BERNAMA 

Keywords :

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan